Monday, November 16, 2009


khat kufi di atas kanvas untuk menifestasi senikhai'09 dari ahmad zafuan


karya sahabat saya us ahmad zafuan dega gaya jali diwani


Thursday, October 22, 2009


akhir surah al jum'ah. Peringatan utuk insan muslim yang malas dan leka dengan kesibukan dunia sehingga tak pergi solat jumaat dan malas berjamaah. Perhatian ada tinggal kalimah " ilaiha" .

satu karya. belajar tulis mushaf takut ada badan-badan tertentu nak buat projek tulis mushaf.Boleh hubungi saya yang masih banyak kurang ni. Ini bunting untuk sebuah sekolah . Sapa sapa nak boleh tempah. Ukuran 5' x 3'. Harga RM 80 / unit.

Monday, October 19, 2009


ayat kursi baru saya tulis. Untuk bunting sekolah kempen mendekatkan pelajar dengan al Quran

Sunday, October 11, 2009

Thursday, July 30, 2009

" sijil khatam al quran" karya dalam bentuk diwani jaly. sesuai untuk kepala sijil. Saya tulis untuk sijil khatam quran untuk maahad tahfiz terengganu.

Friday, May 22, 2009


satu karya dalam bentuk banner. insan daif,rasanya tulisan ni kurang menyengat. sila beri komen membina

Monday, May 18, 2009


masya Allah ,

respon utk akh bukhary. Innama dalam gaya nasakh. Sekadar berkongsi kemahiran . Tulisan atas dengan pena saiz 2mm , bawah 1 mm.

Thursday, May 14, 2009


kongsi kaedah khat nasakh: Sering orang bertanya macamana saiz tinggi huruf alif? kadang2 4 titik , kadang2 5 titik. Mengikut apa yang saya pernah ikuti kursus di tanah Arab, Alif dalam keadaan tunggal seperti posisi hadapan seperti dalam perkataan "iza" spt dalam contoh pada kadar 5 titik. Manakala apabila berada selepas satu huruf lengkungan ditulis 4 titik di mana hujung bawah alif akan diletakkan hampir bersentuhan dengan hujung akhir huruf lengkungan tersebut seperti hamzah wasal di awal perkataan " al ardh" . Biasanya huruf hamzah wasal pada awal kalimah isim makrifah. Kemahiran meletakkan huruf dalam nasakh sangat diutamakan . wallahu aa'lam. Bolehlah sahabat khattat memberi komentar . sekian.

beberapa asmaulhusna dengan gaya ijazah, bolehlah komen2 sikit. Tiada yg sempurna malainkan Allah

Saturday, May 9, 2009


AL JABBAR nama tuhanku yang Maha Agong serta Megah , zat yang Maha Esa tempat mengadu padaNya semua makhluk yang lemah . Tulisan gaya ijazah sebahagian karya nama asmaul husna.

Thursday, May 7, 2009


"ya Allah aku mohon perlindunganMu dari rasa kecewa dan derita, dari kelemahan , dari rasa lemah dan penyakit malas" karya saya untuk doa-doa harian, Sesuai untuk dekorasi dalam rumah atau bilik untuk seisi keluarga. Tulisan gaya nasakh. Semuga kita dijauhkan dari kedukaan.

Wednesday, May 6, 2009


mutiara hadis saw. Gaya khat nasakh. Karya ini ditulis untuk poster sebagai alat bantu mengajar atau sebagai motivasi kepada insan muslim supaya menghayati nilai murni hidup berkasih sayang sesama insan hatta kepada makhluk ciptaan Allah.

Tuesday, May 5, 2009


" sabar itu pahit" ini saya belajar-belajar menulis gaya thuluth . Saya memang kurang mahir gaya ini. Namun saya sangat minat dengan thuluth. Maksud tulisan ini ialah "Sabar itu umpama jadam yang pahit" , tapi itulah ubat segala-galanya. Kita tidak akan memperolehi apa yang kita cita-citakan kecuali dengan sabar. Sabar dalam kesusahan, sabar dalam penderitaan. Pasti di sana istana kejayaan.

Saturday, March 28, 2009


karya khattat no 1 dunia dewasa ini Daud Bektas, semuga kita dapat jadikan panduan dalam khat thuluth. kehebatan menulis huruf WAU majmuah, sungguh mantap bentuknya. Design yang bersahaja.

nak promosi khatservice menulis nama untuk bisnes kad / letterhead dsb. ini contoh nama yang baru saya tulis dalam khat diwani jali, nasakh & ijazah.

Friday, March 27, 2009

tauqi' karya saya


tauqi' ialah tanda tangan seorang khattat . berikut adalah tauqi' saya yang baru saya cipta.

modul huruf kaf riq'ah


kaf riq'ah, huruf ini adalah gabungan alif+ ba' + titik tiga+ titik dua.
secara asas ia seolah-olah berada dalam segi tiga . kedudukan kaf pada posisi hadapan adalah seperti huruf lam tetapi kaf mempunyai saif pada sebelah atas. berikut adalah pelbagai bentuk kaf dalam pelbagai posisi untuk panduan.