Saturday, March 28, 2009


karya khattat no 1 dunia dewasa ini Daud Bektas, semuga kita dapat jadikan panduan dalam khat thuluth. kehebatan menulis huruf WAU majmuah, sungguh mantap bentuknya. Design yang bersahaja.

nak promosi khatservice menulis nama untuk bisnes kad / letterhead dsb. ini contoh nama yang baru saya tulis dalam khat diwani jali, nasakh & ijazah.

Friday, March 27, 2009

tauqi' karya saya


tauqi' ialah tanda tangan seorang khattat . berikut adalah tauqi' saya yang baru saya cipta.

modul huruf kaf riq'ah


kaf riq'ah, huruf ini adalah gabungan alif+ ba' + titik tiga+ titik dua.
secara asas ia seolah-olah berada dalam segi tiga . kedudukan kaf pada posisi hadapan adalah seperti huruf lam tetapi kaf mempunyai saif pada sebelah atas. berikut adalah pelbagai bentuk kaf dalam pelbagai posisi untuk panduan.

Wednesday, March 25, 2009


pameran senikhat di UDM kampus kusza Mac '09. sempat blogger bersama Syafiq seorang khattat muda dan rakannya membuat demontrasi menulis khat dan melayani peminat untuk menulis nama dengan pelbagai gaya khat.

Monday, March 23, 2009


latihan huruf sod riqah. guna sebagai modul dalam P&P. Saya tulis untuk pelajar saya.


gambar pelajar udm semasa festival seni khat UDM 2009

nama2 pelajar saya di UDM sesi dis 08/09. di rakamkan dalam gaya ijazah dan nasakh. semuga ia menjadi satu kenangan yang indah.

Thursday, March 19, 2009


inipula saya cuba tiru us. zawadi gaya nasakh

khat us. zawadi che seman


tanggal 19 mac 09, saya menerima tamu yang tersohor dengan khat. saya menjemput beliau untuk tulis secara sepontan apa jua karya. berikut satu doa dengan gaya nasakh. khat beliau sangat mantap dan menarik.

Sunday, March 15, 2009

Hasil Karya

Klik pada gambar untuk imej yang lebih besar

Khat yang dihasilkan oleh
saya sendiri
dengan
gaya thuluth
dan
berlatarbelakang
-kan masjid .
Khat ini di tulis
untuk banner

sempena
maulidur Rasul
1430 h.
















Dengan gaya
tulisan khat nasakh
dan
berlatarbelakang
islamik design
hasil kerja
saya sempena
maulidur Rasul
1430 h.







khat dengan gaya riq'ah, semuga menjadi panduan kita bersama